Thursday, April 26, 2012

~SeSuNGgUhNya ALLAH iTu mAHa pEmUraH dAn pEMbERi rAHmAT~


ASSALAMUALAIKUM u olls… kali nie qaseh nak citer2 ngan korang psl ape yang qaseh rase arini… tp sebelum tu, qaseh nak minta maaf sebab apa yang qaseh tulis nie xde laa pasal apa pun… sekadar nak menceloteh jer…hehee!!!!
HAAAaaa….. sebelum tu, qaseh nak tanya, u olls pernah x rase kecewa…? Mesti pernah kan…. Haaaa TAPI tunggu dulu, qaseh xabis cakap lagi kecewa dengan saper kan…. Mesti semua orang ingat dengan pakwe@makwe nie….. ishhh3 kuatnya feeling korang ngan u olls punya bf@gf kan…. Kikikiiiii!!!!!
EHEHHH….. qaseh nak tanya, dalam sehari pernah x u olls terpikir kan ALLAH..? ISHHH apalaa qaseh nie,asyik Tanya jer, bila nak citernye…. Haaaaa rileks laaa…. U olls kan sporting….ehee... ^o^
Haaaa kembali pada soklan qaseh yang kt atas 2, dalam sehari pernah x u olls terpikir kan ALLAH..? maksud qaseh, ingat kat ALLAH di sini adalah dengan kita terfikirkan kebesaran ALLAH… berapa kali dalam sehari kita memuji ALLAH dengan menyebut satu perkataan yang mudah dan sangat lah simple iaitu “ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKHBAR, SUBHANAALLAH, LAILAHAILLALLAH DAN LAIN2”… tapi qaseh  taw bagi korang yang solat 5 waktu 2 mungkin lah kot tapi yang xsolat dan xpernah nak solat 2 cmne yer…. Cmne dorang hidup..? berkat kah hidup dorang….? Bahagia kah dorang…..? macamana dorang rasa…..? ermmmm qaseh xdapat nak jawab…. Hanya orang yang tergolong dalam kategori 2 jer yang taw macamana dorang rasa dan yang paling penting ALLAH lah kan yang taw semuanya…. Maaflah qaseh bukan nak tunjuk alim ke ape tapi sebenarnya qaseh nak kaitkan dengan tajuk qaseh kat atas 2… xde kena mengena ngan saper pun…. Sesungguhnya terdapat dalil@bukti dalam al-quran, surah Ar Raad: 28 yang berbunyi… “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang .”
Alaaaa sebenarnya qaseh nak bagitau yang qaseh sendiri pun kadang2… opss terus terang lah qaseh katakan, bukan kadang2 tapi selalu qaseh lupakan DIA iaitu ALLAH s.w.t….. qaseh hanya mengingati DIA di dalam solat 5 waktu jer… tu pun bukan teringat tapi hanya menyebut perkataan2 memuji ALLAH jer ketika membaca rukun2 solat dalam sembahyang….. tp at least sekurang2nya sebutlah jugak kan…..
Arinie qaseh rasa gembira sebab doa qaseh sebelum nie telah dimakbulkan ALLAH taw…. Nak taw pasal apa…? Ehhh bukan kah arinie keputusan muet keluar kan… haaa tu sebab la qaseh gembira sebab result muet qaseh lebih baik dari sebelum2 nie walaupun keputusan qaseh belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak universiti…. Untuk pengetahuan korang, nie adalah kali keempat qaseh ambik muet sebab kat universiti qaseh belajar adalah syarat wajib bagi pelajar2 mendapat muat band 3 untuk graduate….. sebelum nie qaseh hanya dapat band1 jew dengan markah yang agak teruk dan qaseh rasa terlalu kecewa sampai berputus asa untuk meneruskan pengajian qaseh kerana ianya terikat dengan muet…. Hehee malunya.. tapi alhamdulillah kali nie keputusan muet qaseh agak tinggi…. 22 mata sahaja lagi nak mencapai band 3…. ok la dari band 1 terus kan sebab sebelum nie qaseh hanya dapat sekitar 80 mata ke atas jew tapi kali nie up sikit menjadi 118…. Mungkin sebab time tu qaseh malas nak study tambah2 pula malas nak berdoa pada ALLAH…. Apa orang cakap, nak result oke tapi malas nak dekatkan diri dengan ALLAH…. Apa yang qaseh leh bagitau, walaupun kita bijak dan pandai sekalipun, tapi jangan lah menjauhi diri dari ALLAH….   “,)
Bila kita dapat result oke teruslah memuji ALLAH dengan menyebut ALHAMDULILLAH….. TAPI bila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan teruslah berdoa pada ALLAH, dan teruslah memuhasabahkan diri kita sendiri…. Sesungguhnya ALLAH akan memakbulkan doa2 hambanya yang selalu meminta pertolongan dariNYA mahupun doa kita dimakbulkan secara cepat@lambat tapi apa yang qaseh nak bagitau, janganlah kita sesekali rasa berputus asa untuk terus berdoa pada DIA… haaa yang paling penting qaseh rasa kita perlu buat solat sunat hajat kot selama 40hari berturut2 untuk ALLAH memakbulkan doa2 kita…. Di samping jauhkan diri kita dengan maksiat2 yang boleh merosakkan hati kita…… 
Ok, kat bawah nie qaseh nak kongsikan satu doa dengan korang…. So, korang amalkanlah apabila rasa tertekan….. ;D

 


Di samping tu qaseh nak sampaikan sedikit pesanan buat korang…. Selamat Membaca….(¬¬)




  • Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu
  • Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu
  • Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar
  • Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria
  • Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa
  • Jika kau merasa sunyi tiada teman, ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi
  • Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong
  • Jika kau merasa tidak hargai, dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya
  • Jika kau merasa miskin, kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu
  • Jika kau merasa penat, ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu  untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu

No comments:

Post a Comment

Valentine's Day Pumping Heart