..kEnALi RAkAN sEjAtI aNDa..
Hi
everyone..hari ni qaseh nak berkongsi dengan korang bagaimana nak mengetahui
rakan korang adalah sahabat sejati. normal lah kan setiap manusia perlukan
sahabat sejati tipulah kalau korang cakap tak perlu,lumrah manusia kita
memerlukan seorang sahabat yang benar benar memahami akan diri kita.
tapi
masalahnya macamne nak tahu rakan kita itu sahabat sejati kita?sebab zaman
sekarang ni terlalu banyak orang yang suka mengambil kesempatan diatas
kebaikkan orang lain sebab itu amat sukar untuk mencari sahabat sejati yang
sanggup bersama kita ketika susah dan senang.
kita
selalu dengar istilah rakan waktu senang sangat mudah untuk dicari tetapi
ketika kita dalam kesusahan tiada seorang pun yang sudi membantu kita.
dari segi
pandangan qaseh
persahabatan
adalah ikatan yang kuat kuat antara dua insan dimana kedua-duanya sudah
berjanji untuk setia bersama tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.korang
harus ingat sesungguhnya apabila korang berbuat baik kepada orang lain nescaya
satu hari nanti ALLAH SWT akan membalas jasa korang itu.
jadi qaseh
nak share dengan korang macam mana nak tahu rakan korang itu sahabat sejati
atau tidak
perkara
yang harus korang fahami sahabat korang itu sahabat sejati atau tidak..
peribadi
seorang sahabat sejati boleh korang lihat dengan mudah .ketika korang berada
didalam kesusahan mahupun senang dia cepat menghulur bantuan.ada juga yang
sanggup berkorban untuk korang seperti datang dari jauh bertemu korang hanya
kerana korang dalam kesusahan atau dia akan sentiasa berhubung dengan korang
untuk pastikan korang tidak menanggung kesusahan sendirian dan dia cuba
membantu semampu mungkin demi korang.
pastinya
sekiranya perkara diatas berlaku dalam persahabatan korang ia menandakan rakan
korang pentingkan ikatan persabahatan yang terjalin.ini tanda pertama dia
sahabat sejati korang
sahabat
sejati akan sentiasa bersabar melayan kerenah korang yang sentiasa berubah-ubah
setiap masa.dan dia tidak henti-henti mendoakan yang terbaik buat korang dan
sentiasa menyokong segala usaha yang korang lakukan.ini tanda kedua dia sahabat
sejati korang
sekiranya
dia sahabat sejati korang dia tidak akan mengikut telunjuk diri sendiri tapi
dia akan pertimbangakan dan menerima pendapat korang sekiranya ia lebih
baik.selain itu dia juga bukan seorang yang panas baran dan keras kepala kerana
sifat sebegitulah yang memusnahkan ikatan persahabatan.perkongsian pendapat ada
kalanya membuatkan sesuatu perkara menjadi mudah antara korang dengan dia.
ini tanda ketiga dia sahabat sejati korang
sebagai umat
islam perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah ilmu agama.menjadi
peranan setiap sahabat untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain
supaya mendekatkan diri kepada ALLAH SWT tidak kira apa jua keadaan.selain itu
dia sentiasa mengajar korang berbuat baik dan sentiasa menegur sekiranya korang
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama.
ini tanda keempat dia sahabat sejati korang
Apabila
korang menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup,dia tidak putus putus
memberi kata semangat pada korang dan dia juga akan cuba menstabilkan emosi
korang ketika itu.malahan dia juga akan memberi nasihat yang baik untuk
korang.dia juga akan memujuk korang ketika korang menangis atau merajuk
terutamanya ketika korang tidak mampu menanggung masalah korang sendirian.
ini tanda kelima dia sahabat sejati korang
No comments:
Post a Comment