Cantiknya Wanita.. Idaman Lelaki..
*Jika inginkan bentuk bibir yang menawan..bukan dengan mencalit
lipstik dengan warna idaman..tapi bentuklah ia dengan ucapan kata-kata
kebaikan.
*Inginkan mata yang cantik menawan dan indah bukan hanya mencalit
pewarna mata.. tapi sebenarnyer adalah dengan mencari dan memandang
kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Nak dapatkan bentuk badan yang langsing dan mengkagumkan. .. bukan
dengan berdiet semata-mata. . tapi berbagilah makanan dengan mereka yang
kelaparan.
*Rambut yang indah tentulah menjadi idaman wanita….bukan syampoo
bukan pewarna yang diperlukannya. . tapi lurutan penuh kasih ke
atasinya.. bagi si ibu.. mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.. kerna anak kecil itu sememangnya penuh
kasih dihati..
*Bagi mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala
ilmu pengetahuan, nescaya anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda
sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika
anda memerlukan pertolongan, insyaallah akan senantiasa ada tangan
terhulur buat mu..
…Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri
nikmat yang telah diberi pada dua tangan mu, satu untuk menolong diri
anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Tapi sebenarnyer. … Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian
yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir
rambutnya…
…Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang
dunia…kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati
manusia, di mana cinta dapat berkembang.
..Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan
yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan
perhatian dan cinta yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh disepanjang waktu buatnya..
No comments:
Post a Comment