Friday, April 27, 2012

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga Kasihnya Ayah Masa Berada




Kasihnya ibu membawa ke syurga…kasihnya ayah masa berada.
Marilah kita bermuhasabah diri….
Tanpa ibu dan ayah,tak mungkin kita berada di dunia ini…
Tanpa ibu dan ayah,siapalah kita hari ini…

Tanyalah pada diri kita sendiri…..
Apakah yang kita lakukan untuk membahagiakan ibu dan ayah kita….
Apakah kebaikan yang kita lakukan untuk ibu dan ayah kita….
Sedar tak,ada diantara kita yang sentiasa menyakiti hati ibu dan ayah setiap hari….
Kita lupa siapakah yang melahirkan kita….
Kita lupa siapakah yang bersusah payah membesarkan kita…..
Kita lupa siapakah yang bersusah payah mencari rezeki untuk kita….
Kita lupa segala-galanya…..

Juga tanyakan pada ibu dan ayah…
Apakah yang ibu dan ayah harapkan dari kita….
Adakah wang ringgit ataupun harta tinggi menggunung…
Mesti jawapan ayah dan ibu….
Jadilah anak yang soleh dan solehah….
Yang boleh mendoakan untuk ibu dan ayah…
Ibu dan ayah perlukan doa dari anak yang soleh dan solehah…
Yang boleh mengiringi ibu dan ayah….
Apabila ibu dan ayah melangkah kealam barzakh nanti….
Ya, doa dari anak yang soleh dan solehah….
Di antara 3 perkara yang akan mengiringi ibu dan ayah ke alam barzakh….
Bukanlah emas permata,wang ringgit mahupun harta menggunung…

Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Bila ibu dan ayah ada depan mata kita…..
Kita buat endah tak endah aje…..
Kita sakiti hati dan perasaan mereka…
Kita biarkan air mata ibu dan ayah mengalir kerana kita…..
Hati ibu kita lukai…..
Hati ibu kita calarkan….
Ibu menangis kerana kita…..
Ayah memendam rasa kerana kita…..
Rajuk hati ibu dan ayah tiada siapa pedulikan….
Rajuk hati kita…kita nak kan belaian dan perhatian….
Rajuk hati ibu dan ayah kita biarkan….

Andai ibu dan ayah tiada lagi….
Tiada lagi tempat untuk kita menumpang kasih sayang…..
Tiada lagi tempat untuk kita mengadu….
Hilang segala-galanya…..
Hari ini kita mampu lagi ketawa….
Mungkin hari esok kita hanya mampu menangis….
Menangis nasib diri yatim piatu…..
Menangis mengenangkan dosa kita pada ibu dan ayah…..
Menangis menyesali apa yang berlaku…..
Ingatlah…tangisan kita sudah tidak bermakna lagi….
Siapa yang boleh menduga takdir ALLAH..

Hargailah ibu dan ayah semasa hayat mereka masih ada…..
Ibu dan ayah….maafkan kami anak-anakmu…
Cinta,kasih,sayang dan rindu kami buatmu ibu dan ayah...

Ibu dan ayah…..
Tersemat kukuh dalam hati kami anak-anakmu….

inilah IBUKU yang selama ini telah bertungkus lumus membanting tulang 4 kerat bagi mencari rezeki untuk menyara diriku... aku bersyukur kepada ALLAH kerana memiliki seorang IBU yang sangat baik serta tersangat2 TABAH dalam mengharungi hidup tanpa seorang SUAMI.... I LOVE U SO MUCH IBUKU SAYANG.... semoga hidup IBU dirahmati serta DIBERKATI ALLAH selalu..... ~♡~

Friday, April 6, 2012

Cantiknya Wanita.. Idaman Lelaki..


*Jika inginkan bentuk bibir yang menawan..bukan dengan mencalit lipstik dengan warna idaman..tapi bentuklah ia dengan ucapan kata-kata kebaikan.

*Inginkan mata yang cantik menawan dan indah bukan hanya mencalit pewarna mata.. tapi sebenarnyer adalah dengan mencari dan memandang kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Nak dapatkan bentuk badan yang langsing dan mengkagumkan. .. bukan dengan berdiet semata-mata. . tapi berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

*Rambut yang indah tentulah menjadi idaman wanita….bukan syampoo bukan pewarna yang diperlukannya. . tapi lurutan penuh kasih ke atasinya.. bagi si ibu.. mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.. kerna anak kecil itu sememangnya penuh kasih dihati..

*Bagi mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, nescaya anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, insyaallah akan senantiasa ada tangan terhulur buat mu..

…Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri nikmat yang telah diberi pada dua tangan mu, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Tapi sebenarnyer. … Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya…

…Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia…kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

..Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh disepanjang waktu buatnya..

~KAWAN ATAU LAWAN~


..kEnALi RAkAN sEjAtI aNDa.. 




Hi everyone..hari ni qaseh nak berkongsi dengan korang bagaimana nak mengetahui rakan korang adalah sahabat sejati. normal lah kan setiap manusia perlukan sahabat sejati tipulah kalau korang cakap tak perlu,lumrah manusia kita memerlukan seorang sahabat yang benar benar memahami akan diri kita.

tapi masalahnya macamne nak tahu rakan kita itu sahabat sejati kita?sebab zaman sekarang ni terlalu banyak orang yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikkan orang lain sebab itu amat sukar untuk mencari sahabat sejati yang sanggup bersama kita ketika susah dan senang.

kita selalu dengar istilah rakan waktu senang sangat mudah untuk dicari tetapi ketika kita dalam kesusahan  tiada seorang pun yang sudi membantu kita.

dari segi pandangan qaseh
persahabatan adalah ikatan yang kuat kuat antara dua insan dimana kedua-duanya sudah berjanji untuk setia bersama tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.korang harus ingat sesungguhnya apabila korang berbuat baik kepada orang lain nescaya satu hari nanti ALLAH SWT akan membalas jasa korang itu.

jadi qaseh nak share dengan korang macam mana nak tahu rakan korang itu sahabat sejati atau tidak

perkara yang harus korang fahami sahabat korang itu sahabat sejati atau tidak..

 
peribadi seorang sahabat sejati boleh korang lihat dengan mudah .ketika korang berada didalam kesusahan mahupun senang dia cepat menghulur bantuan.ada juga yang sanggup berkorban untuk korang seperti datang dari jauh bertemu korang hanya kerana korang dalam kesusahan atau dia akan sentiasa berhubung dengan korang untuk pastikan korang tidak menanggung kesusahan sendirian dan dia cuba membantu semampu mungkin demi korang.
 
pastinya sekiranya perkara diatas berlaku dalam persahabatan korang ia menandakan rakan korang pentingkan ikatan persabahatan yang terjalin.ini tanda pertama dia sahabat sejati korang
sahabat sejati akan sentiasa bersabar melayan kerenah korang yang sentiasa berubah-ubah setiap masa.dan dia tidak henti-henti mendoakan yang terbaik buat korang dan sentiasa menyokong segala usaha yang korang lakukan.ini tanda kedua dia sahabat sejati korang
sekiranya dia sahabat sejati korang dia tidak akan mengikut telunjuk diri sendiri tapi dia akan pertimbangakan dan menerima pendapat korang sekiranya ia lebih baik.selain itu dia juga bukan seorang yang panas baran dan keras kepala kerana sifat sebegitulah yang memusnahkan ikatan persahabatan.perkongsian pendapat ada kalanya membuatkan sesuatu perkara menjadi mudah antara korang dengan dia.
ini tanda ketiga dia sahabat sejati korang
 
sebagai umat islam perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah ilmu agama.menjadi peranan setiap sahabat untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya mendekatkan diri kepada ALLAH SWT tidak kira apa jua keadaan.selain itu dia sentiasa mengajar korang berbuat baik dan sentiasa menegur sekiranya korang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama.
ini tanda keempat dia sahabat sejati korang
Apabila korang menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup,dia tidak putus putus memberi kata semangat pada korang dan dia juga akan cuba menstabilkan emosi korang ketika itu.malahan dia juga akan memberi nasihat yang baik untuk korang.dia juga akan memujuk korang ketika korang menangis  atau merajuk terutamanya ketika korang tidak mampu menanggung masalah korang sendirian.
ini tanda kelima dia sahabat sejati korang
 

nak lagi hahahhahahaha

next time qaseh share yang lain yea..

jangan lupa commentlah sikit bagi pandangan korang tentang apa yang qaseh share dengan korang yea


Valentine's Day Pumping Heart