BEST ke KAHWIN..????
Selalu juga kita dengar ada orang tanya kepada pengantin baru, “best
ke kahwin?”
“Bukannya best sangat pun…”
Ada juga pengantin yang jawab macam
ni…kenapa ya?
Kata mereka, bila dah kahwin ni hidup macam
dah tak boleh control sendiri lagi…ada banyak peraturan baru yang nak
kena ikut, hatta masuk bilik air pun kena ikut giliran! Kan kalau tinggal kat
rumah bujang sorang-sorang macam dulu, suka hati la nak masuk ‘bilik rehat’ tu time
mana pun. Pulak tu nak berangan lebih sikit kat dalam tu pun ok apa… Tapi
sekarang ni kalau terlebih berangan sikit ada pulak yang bunyi, “Yang, cepat
sikit boleh tak…?” Nasib baik ada ‘sayang’ lagi tu…bolehlah melangkah keluar
dengan penuh senyuman. Dalam hati…?!
Itu satu bab, lain-lain bab pun semuanya
nak kena bertolak-ansur. Nak kena jaga hati pasanganlah, tak boleh
marah-marahlah…, karang ada yang merajuk kita jugak yang susah-susah nak kena
pujuk. Tak ke menyusahkan tu…?
Masuk perihal makan minum pula, menu dah
mula bertukar. Kalau dapat pasangan yang jenis jaga makan, bermakna kita tak
boleh makan sebarangan. Katanya, “kita makan bukan sekadar nak kenyang, tapi
kita makan untuk sihat tubuh badan” Jadi, tak bolehlah asyik nak ikut nafsu
makan saja. Bukan langsung tak boleh makan apa yang kita suka, tapi kena ada
masa tertentu dan ketikanya sahaja. Makan
pun ada disiplin?
Bukan setakat menu makan saja yang berubah, tempat makan pun ada
undang-undang! Kena makan kat ruang makan, jangan sesekali nak buat sepah kat
depan tv! Kesiankan kalau kita ni jenis hantu tv. Si dia benarkan aja makan
depan tv tu, tapi syaratnya: kemas sendiri! Buat apa kahwin kalau kena buat
kerja sendirikan? Kata suami isteri nak kena tolong-menolong! Boleh?
Itu kalau makan kat rumah, kalau makan kat luar pun banyak syarat.
Tak nak makanlah kat kedai tu… kotorlah, orang ramai sangatlah, makanan tak
sedaplah…macam-macam alasan si dia bagi. Kan senang kalau bujang. Rasa nak makan je,
singgah je mana-mana kedai. Janji ada duit,
insyaAllah kenyang la perut ni.
Hah itu baru bab makan kan? belum masuk lagi bab pakaian, sakit demam suami.. Tapi semua benda tu dah memang kewajipan seorang isteri pun sebab apabila seorang perempuan telah berkahwin, syurganya terletak di bawah telapak kaki suami, berbeza bagi si suami yang mana syurga mereka tetap berada di bawah telapak kaki ibu... So, kalau difikir-fikirkan memang berat tanggungjawab seorang isteri nie kan..? Tambah-tambah lagi bila dah dapat anak.. Maka bertambah lah tanggungjawab si isteri tu... tidak mengapa kerana di sisi islam martabat seorang ibu dan isteri adalah paling tinggi berbanding seorang ayah dan suami... ;-)
“Best ke kahwin?”
Fikirlah sendiri!
No comments:
Post a Comment