Sunday, May 13, 2012

Mana Lebih Sukar? Membaca Hati WANITA atau Membaca Hati LELAKI..



Sedangkan lidah boleh tergigit, apatah lagi suami isteri atau pasangan sedang bercinta?
pertelingkahan, bertengkar, salah faham, merajuk memang tak dapat lari dari kita. Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan..

Bagi lelaki jika memiliki perempuan yang cantik dan baik sudah membawa tuah kepada mereka,
dan bagi wanita apabila sudah memiliki lelaki yang baik dan bertanggungjawab memang tuah juga bagi mereka...

Namun,,hati  mana yang lebih sukar untuk diselami sama ada lelaki mahupun wanita?

Memang menjadi tanda tanya yang sukar untuk diungkapkan kerana hati masing-masing berbeza-beza.. Kadang kala kita memang tak tahu sejauh mana pasanagn itu benar-benar menyayangi kita.. Tambah-tambah lagi kaum lelaki..
*Nak tahu apa lelaki dan wanita akan buat jika menyanyangi pasangan mereka?

:: LELAKI ::
-lelaki sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana
terpaksa.

-lelaki akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu meluap-luap.

-lelaki yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curiga.

-lelaki yang tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

-lelaki yang mudah sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.

-lelaki yang pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.

-lelaki yang sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar

-Akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain.

-Berasa serik untuk bercinta lagi setelah di tinggalkan oleh kekasihnya tetapi sentiasa berharap kekasihnya kembali padanya semula.

-Menganggap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawa sendiri.

Tidak semua insan bergelar lelaki sangup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan

:: WANITA ::
-ingin sentiasa didampingi pasangan mereka

-selalu merajuk supaya mendapat perhatian kekasihnya

-sentiasa memberi semangat dan pendapat kepada kekasih mereka

-wanita ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita mampu memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan pengajaran buatnya. Tetapi ianya bukanlah DENDAM.

-WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

-Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.

-CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.


Selamilah hati mereka dan fahami agar menjadi lebih mesra dan bahagia..

~SERTA~

BERSYUKURLAH jika anda mempunyai seorang teman istimewa seperti yang dinyatakan di atas.. Sebenarnya kita amat beruntung kerana ada insan yang menyayangi diri kita serta sanggup berkongsi kasih sayang dengan kita.. Jika kita benar-benar yakin dengan seseorang, maka jagalah dia dengan sebaik mungkin sebab kadang kala manusia ni apabila benda yang ada kat depan mata, kita tak kan nampak tapi bila benda tu dah tak da dan pergi dari hidup kita, barulah kita tercari-cari..




"MATI ITU PASTI"


Sesungguhnya kehidupan di dunia ini merupakan jambatan untuk kita menuju ke negeri akhirat iaitu suatu penghidupan yang kekal abadi. Maka sudah tentu setiap diri kita akan menemui ajal. Dalam keghairahan kita melayari kehidupan ini, mencari harta, mencari rezeki untuk hidup, mengurus hal ehwal keluarga, anak-anak, hal ehwal pekerjaan dan apa jua hal-hal keduniaan kadang-kadang membuatkan kita lalai dan lupa dari mengingat mati. Fenomena ini memang tidak dapat dinafikan lagi sering terjadi kepada sebahagian orang, walaupun usia semakin meningkat, keadaan fizikalnya semakin lemah namun kepentingan dunia tetap menjadi prioriti teratas. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah menjelaskan fenomena ini melalui sabda Baginda yang maksudnya :

 “Manusia itu lemah tetapi kuat terhadap dua perkara iaitu: tamak kepada harta dan tamak kepada umur.”(Hadits riwayat Muslim dan At-Tirmizi)


Hukum Mengingat Mati
Walhal mengingat mati itu juga sebahagian daripada tuntutan syara’, di mana setiap individu disunatkan mengingat mati pada setiap ketika. Ini jelas sebagaimana diterangkan di dalam hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud beliau berkata yang maksudnya :

“Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: “Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” 

Di dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Banyakkanlah ingatan kepada pemutus kenikmatan”, yakni mati. (Hadits riwayat At-Tirmizi)

Faedah Mengingat Mati
Bila kita sebut mengingati mati, “mengingati” itu di dalam bahasa Arab disebut sebagai az-zikr  dan perkataan ini biasa dipakai di dalam bahasa Melayu yang disebut dengan “zikir”. Dalam konteks ini, zikir boleh saja dilakukan melalui lidah, melalui hati dan amal perbuatan. Begitu juga dengan mengingati mati ianya boleh saja dilakukan dengan melalui lidah, misalnya dengan membaca ayat-ayat Al-Qur’an atau hadits-hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang menceritakan tentang mati. Selain faedah membaca Al-Qur’an itu untuk mengingat mati ianya juga berguna sebagai bekalan persediaan menghadapi kematian, umpamanya membaca surah Al-Mulk di mana surah ini mempunyai kelebihan yang hebat. Sebagaimana tersebut di dalam hadits bahawa surah Al-Mulk itu disifatkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sebagai penyelamat dan pendinding pembacanya daripada azab kubur.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu ‘anhuma beliau menceritakan bahawa seseorang daripada sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam mendirikan khemah di atas kubur, dengan tidak menyangka bahawa tapak kawasan itu adalah kubur. Lalu dia terdengar ada orang membaca surah (surah Al-Mulk) di dalam kubur sehingga akhir surah tersebut. Kemudian dia pun pergi berjumpa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dengan memberitahu apa yang telah didengarnya:  

“Wahai Rasulullah, saya telah mendirikan khemah di atas tapak perkuburan, dan saya tidak menyangka bahawa tempat itu adalah kubur, lalu saya terdengar ada orang membaca surah (surah Al-Mulk) di dalam kubur sehingga akhir surah tersebut.” 

Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Dialah penghalang, dialah penyelamat yang menyelamatkannya dari seksa kubur.” (Hadits riwayat At-Tirmizi)

Ataupun mengingat mati itu melalui hati, misalnya dengan membayangkan di hadapan matanya keadaan ketika dia dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Ataupun dengan amal perbuatan, misalnya dengan menziarahi kubur, turut serta menguruskan jenazah, menziarahi orang yang sedang sakit terutama orang yang dalam keadaan nazak.
Perkara seperti ini boleh saja mencuit kalbu dan membibitkan dalam diri sanubari seseorang suatu perasaan keinsafan bahawa hidup ini tidak kekal, hidup ini tidak selamanya dalam keadaan sehat, di mana saat kematian tetap akan kunjung tiba pada bila-bila masa. Dan semua ini sebenarnya secara tidak langsung akan membawa seseorang itu akan sentiasa ingat kepada Yang Maha Berkuasa Menghidup dan Mematikan setiap makhluk; Allah Azza wa Jalla. Apabila seseorang itu sentiasa ingat kepada Allah maka Allah akan sentiasa membalasnya dengan kebaikan. Firman Allah Ta’ala yang tafsirnya :

“Oleh itu, ingatlah kamu kepada Aku (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 152)

Selain itu, seseorang yang sentiasa ingat kepada kematian akan mencetuskan dorongan dan gesaan yang menggerakkan dirinya agar sentiasa waspada dan mempastikan dirinya sentiasa berada di dalam sempadan-sempadan yang ditentukan oleh Allah subhanahu wa ta'ala tanpa melewatinya walau sejengkal, iaitu dengan menjunjung perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.

BEST ke KAHWIN..???? 


Selalu juga kita dengar ada orang tanya kepada pengantin baru, “best ke kahwin?”
“Bukannya best sangat pun…”
Ada juga pengantin yang jawab macam ni…kenapa ya?
Kata mereka, bila dah kahwin ni hidup macam dah tak boleh control sendiri lagi…ada banyak peraturan baru yang nak kena ikut, hatta masuk bilik air pun kena ikut giliran! Kan kalau tinggal kat rumah bujang sorang-sorang macam dulu, suka hati la nak masuk ‘bilik rehat’ tu time mana pun. Pulak tu nak berangan lebih sikit kat dalam tu pun ok apa… Tapi sekarang ni kalau terlebih berangan sikit ada pulak yang bunyi, “Yang, cepat sikit boleh tak…?” Nasib baik ada ‘sayang’ lagi tu…bolehlah melangkah keluar dengan penuh senyuman. Dalam hati…?!
Itu satu bab, lain-lain bab pun semuanya nak kena bertolak-ansur. Nak kena jaga hati pasanganlah, tak boleh marah-marahlah…, karang ada yang merajuk kita jugak yang susah-susah nak kena pujuk. Tak ke menyusahkan tu…?
Masuk perihal makan minum pula, menu dah mula bertukar. Kalau dapat pasangan yang jenis jaga makan, bermakna kita tak boleh makan sebarangan. Katanya, “kita makan bukan sekadar nak kenyang, tapi kita makan untuk sihat tubuh badan” Jadi, tak bolehlah asyik nak ikut nafsu makan saja. Bukan langsung tak boleh makan apa yang kita suka, tapi kena ada masa tertentu dan ketikanya sahaja. Makan pun ada disiplin?
Bukan setakat menu makan saja yang berubah, tempat makan pun ada undang-undang! Kena makan kat ruang makan, jangan sesekali nak buat sepah kat depan tv! Kesiankan kalau kita ni jenis hantu tv. Si dia benarkan aja makan depan tv tu, tapi syaratnya: kemas sendiri! Buat apa kahwin kalau kena buat kerja sendirikan? Kata suami isteri nak kena tolong-menolong! Boleh?
Itu kalau makan kat rumah, kalau makan kat luar pun banyak syarat. Tak nak makanlah kat kedai tu… kotorlah, orang ramai sangatlah, makanan tak sedaplah…macam-macam alasan si dia bagi. Kan senang kalau bujang. Rasa nak makan je, singgah je mana-mana kedai. Janji ada duit, insyaAllah kenyang la perut ni.
Hah itu baru bab makan kan? belum masuk lagi bab pakaian, sakit demam suami.. Tapi semua benda tu dah memang kewajipan seorang isteri pun sebab apabila seorang perempuan telah berkahwin, syurganya terletak di bawah telapak kaki suami, berbeza bagi si suami yang mana syurga mereka tetap berada di bawah telapak kaki ibu... So, kalau difikir-fikirkan memang berat tanggungjawab seorang isteri nie kan..? Tambah-tambah lagi bila dah dapat anak.. Maka bertambah lah tanggungjawab si isteri tu... tidak mengapa kerana di sisi islam martabat seorang ibu dan isteri adalah paling tinggi berbanding seorang ayah dan suami... ;-) 

 
Best ke kahwin?”
Fikirlah sendiri!


Aurat Wanita Islam

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

          Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

          Walaupun begitu, hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.

          Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.

          Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.

          Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah. 


Di bawah ini saya masukkan gambar busana muslimah yang menepati syariat Islam sebagai rujukan kita bersama. Marilah kita sama-sama perhatikan antara gambar 1 dan gambar 2.. Yang manakah cara pemakaian wanita menurut syarak di sisi agama islam...?

Gambar 1
Bertudung dan berpakaian sebagai adat bukan menurut Islam

Gambar 2
Bertudung dan Menutup Aurat sepertimana Dikehendaki Oleh Syariat Islam

Perlu ke CANTIK..???



"Bulan Kecantikan"
Apa itu cantik?? Lawa, Cun, cute, gempak, anggun, comel, manis dan banyak lagi... Kesemuanya adik beradik, sepupu sepapat cantik... 
masing-masing punya definisi tersendiri tentang CANTIK
Haaa! perlu ke cantik??? 

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, berjerawat, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna. Apa yang penting anda tahu siapa diri anda... Pastikan dalaman kita cantik, luaran kita cantik... & kita seorang yang sihat.

Saya fikir, cantik luaran hanyalah sementara manakala cantik dalam adalah cantik yang kekal abadi.. Walaubagaimanapun, cantik luaran dan dalaman haruslah seimbang untuk keyakinan diri kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.." 

Tidak salah jika kita ingin nampak cantik tetapi janganlah kita terlalu 'over' sehinggakan orang lain yang melihat kita sampai terjolok biji mata... HAHAHAHA saya fikir macam langsuir kot .... untuk kelihatan cantik, bagi saya kita hendaklah mengamalkan sikap senyum selalu walau dalam keadaan apa jua sekalipun, mahupun sedih atau gembira kerana ubat kesedihan adalah dengan senyum... HAAAAA 'Senyum tak perlu kata apa-apa... SENYUMMMMM.... ^_^ HEHEHE....

senyumlah dengan seikhlas hati kera senyum itu adalah sedekah...
Valentine's Day Pumping Heart